dulu jusmate 5 skrg try 2B Model plak

assalamualaikum...

kah kah kah. berzaman aku biarkan blog ni bersawang... sabar je la ye blog.

tertarik aku nak tulis ari ni. sebab hari ni hari pertama aku try 2B Model ni.

dulu mmg aku guna jusmate 5 untuk turun berat. alhamdulillah dengan usaha yang sangat gigih dan tekad yang menggunung.. aku pun telah turun dari berat asal 98kg aku berjaya turunkan berat aku mencapai 71 kg sebelum hari raya tahun 2010. tambah tolak bahagi selama 8 bulan aku berusaha aku telah turunkan berat aku sebanyak 27 kg. terima kasih kepada yang mengasaskan produk ini, lebih terima kepada Tuhan Maha pencipta yang melorongkan aku utk turun berat badan.

semenjak hari raya 2010 sehingga lah hari raya 2011 setahun lamanya aku maintainkan badan aku dalam lebih kurang berat 71-73kg dia naik turun.. aku pun control makan. di samping aku mengamalkan perancangan keluarga dengan maajun anggun bistari.

sebenarnya aku belum pun puas hati dengan berat yg dah dpt tu.. tp sbb aku rasa nak mula untuk cuba dapatkan anak yg ke tiga jd aku pun stop amik produk pelangsingan ni... lg pun tak mau turun2 aku makan jusmate5 tu lebih 2 bulan.. hahhaha.

tp setelah setahun masih belum ada rezeki lg.. dan titik mula pun timbul, di mana selepas hari raya 2011 aku mula melonggarkan cara makan aku, maka berat badan aku mula naik mendadak2. ye la.. tak nak kurang zat sbb dah setahun aku cuba utk hamil.. tp tak dpt2. aku syak aku kurang zat. berat naik sehingga 74kg membuatkan aku sangat risau... aku cuba produk lain yg menjanjikan aku boleh makan tp boleh turun berat iaitu aurabella forte dan super fibre. tidak di nafikan sangat sedap tp harganya tak tahan mahal..... dan berat aku mmg tak naik selama amalkan produk tersebut, even aku makan dengan seronoknya mende2 yg berlemak.. tp tak jugak turun. bila aku tak amik dah produk tu disebabkan  tak de budget, maka berat aku naik melambung2 sehingga lah titik tolak hari ni 80.1 kg. itu adalah border line.. aku tak nak berat aku mencapai nombor itu. sebelum ni aku sentiasa berharap agar aku hamil, jd aku tak kisah berat aku naik sangat sbb aku berjaya hamil.. tp setiap bulan menghampakan. sehinggalah suami tercinta memberi green light utk tidak mengharap sebarang kehamilan sehingga bulan 5 tahun 2012. jd aku punya masa utk melangsingkan badan aku yg aku dah tak boleh terima!!!! semua baju dah tak muat!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

tp sebelum amik 2b model ni aku dah amik laxative thanyaporn to be fit. harga murah je.. ok gak. semalam timbang berat 79.1kg. yg tak tahan nyer nak ke tandas je.. maklumlah laxative. aku try ni sbb jiran rumah aku nak try, alang2 aku tolong belikan aku tryla sekaki.. huhuhu. so starting point utk 2B Model ialah 79.4 kg.

hari ni aku mulakan dengan produk 2B Model perisa white cofee. aku ingat nak minum bgn tidur td, tp confused sbb kt kotak tulis selepas makan. pg ni baru kesempatan nak surf internet. tgk cik mat punya testimoni dan semua pelanggan dia, better u have it before meal. tp aku pun masih confused ada ke kena amik setengah jam sebelum makan atau apa. tp lepas minum td, aku terus update blog ni.. jd lom makan lg.. skrg ku rasa kepala tu pening.. hahahha time to makan.. nanti aku update lg.. tgh excited.